Aktiviti Terkini
















Ucapan Guru Tingkatan 5 SN 1...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Terlebih dahulu saya selaku guru kelas tingkatan 5 SN 1 ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada para pelajar tingkatan 5 SN 1 atas penyediaan Laman Rasmi 5 SN 1 ini.

Bertitik tolak dari itu, besarlah harapan saya agar laman rasmi ini akan dapat memberikan faedah dan manfaat kepada pelajar tingkatan 5 SN 1 khususnya dan warga Tasek Utara amnya.

Konklusinya, saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar tingkatan 5 SN 1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 dan seterusnya berjaya dalam kehidupan kalian kelak.

Wasalam.

Pn. Salawati binti Samadi



Ucapan Ketua Tingkatan 5 SN 1...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Terlebih dahulu saya selaku ketua tingkatan 5 SN 1 ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada para pelajar tingkatan 5 SN 1 atas kerjasama anda semua bagi menjayakan penyediaan Laman Rasmi 5 SN 1 ini.

Tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah mendidik kami sejak kami berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara. Terima kasih atas didikan anda semua dan jasa seorang guru tidak akan dilupakan oleh anak-anak muridnya malah menjadi pemangkin dan pembakar semangat mereka untuk meneruskan perjalanan demi mencapai kejayaan dalam hidup.

Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar laman rasmi ini akan dapat memberikan faedah dan manfaat kepada pelajar tingkatan 5 SN 1 khususnya dan warga Tasek Utara amnya. Laman ini menyediakan soalan-soalan peperiksaan di bank soalan yang boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk semua pelajar dan guru.

Selain itu, laman ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk dimaklumkan kepada pelajar 5 SN 1(2009) tentang aktiviti semasa yang dilakukan. Laman ini juga menyediakan alamat e-mail pelajar 5 SN 1 (2009) di hubungi kami dan mereka bolehlah saling berhubungan walaupun berjauhan. Bagi pelajar 5 SN 1(2009) yang ingin memaklumkan aktiviti mereka, boleh menghubungi pengendali laman ini di myclass_5sn1@yahoo.com.my atau hubungi terus melalui panggilan.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar tingkatan 5 SN 1(2009) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 dan seterusnya berjaya dalam kehidupan anda kelak.

Wasalam.

Muhammad Firdaus bin Ramlan



Mahu pendapatan lebih yang lumayan???

Klik di bawah sekarang...


92 Fullstop

Go to 92.[Fullstop] Design!

Alvin and the Chipmunks: The Squeakquel